Thursday, March 14, 2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa usul menjunjung kasih kepada Titah Yang Dipertuan Agong pada 14-03-2019

Perbahasan YB Wong Hon Wai (Ahli Parlimen Bukit Bendera) semasa  usul menjunjung kasih kepada Titah Yang Dipertuan Agong pada 14-03-2019
Saya bangun untuk menyertai perdebatan usul menjunjung kasih kepada Titah Yang Dipertuan Agong.

Tuan Speaker

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan kerana bertungkus-lumus melaksanakan agenda reform di pelbagai sektor termasuk kerangka baru Dasar Luar Malaysia, disiplin kewangan baru melalui tender terbuka, pembaharuan undang-undang buruh untuk memenuhi standard antarabangsa, initiatif baru dari segi pendidikan, pengangkutan dan banyak lagi initiatif yang telah dirancang dan sedang diusahakan.

Saya ingin memberikan beberapa input dan maklumbalas kepada pentadbiran dengan niat supaya pentadbiran Pakatan Harapan lebih kukuh berdasarkan input-input dari industrial players.

Di Pulau Pinang dan kawasan saya wakili Bukit Bendera, 2 industri terutama ialah industri pelancongan dan industri pembuatan (manufacturing) yang menawarkan puluhan ribuan pekerjaan. Saya seringkali berdebat dalam kedua-dua isu ini kerana ia isu bread and butter untuk rakyat di Bukit Bendera khasnya dan Pulau Pinang pada amnya.

Saya mendapat maklumbalas dari Malaysian Association of Hotels (MAH) cawangan Pulau Pinang bahawa occupancy rate hotel-hotel telah jatuh kerana terdapat persaingan Airbnb. Occupancy rate pada tahun 2017 dicatatkan 63.3 peratus telah turun ke 60.4 peratus pada tahun 2018. Walaupun angka tourists dari airport arrival dan cruises arrival telah meningkat pada tahun 2018. Begitu juga dengan rekod pelancong yang melancong ke Bukit Bendera telah mencecah angka 1.7 juta pada tahun 2018 iaitu rekod terbaik dalam sejarah dan angka ini ialah double the number sejak Pakatan Harapan memerintah Pulau Pinang. Satu pencapaian yang begitu memberangsangkan dalam industri pelancongan.

Tetapi, operator hotel memberitahu bahawa occupancy rate jatuh pula. Perkara ini perlu dipandang serius kerana industri pelancongan menawarkan ribuan pekerjaan di kawasan saya di Batu Feringgi dan Tanjong Bungah.

Walaupun Menteri Pelancongan telah meminta pada 15-2-2019  supaya pendaftaran Airbnb dilakukan terhadap operator Airbnb dan tindakan boleh di bawah Tourism Industry Act 1992.

Saya berpandangan satu usaha baru perlu digerakkan untuk mendaftarkan Airbnb.

Saya dimaklumkan bahawa “There are no available forms for non-hotel properties”. Airbnb telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 20-2-2019 dan dilaporkan dalam suratkhabar bahawa borang pendaftaran hanya ada pada sektor hotel sahaja dan tidak kepada non-hotel property seperti Airbnb.

Saya berharap Kementerian Pelancongan boleh melipatgandakan usaha dalam perkara pendaftaran Airbnb untuk melindungi hak pelancong, operator hotel serta komuniti penduduk berjiranan dengan hartanah yang digunakan untuk Airbnb. Government has to respond to rapid acceleration in globalization and technology. Industry telah gerak 300km/j, 400km/j speed bullet train dan High Speed Train tetapi response government seperti menaiki beca dengan slow motion.

Tuan Speaker,

Selain dari input dari Persatuan Hotel Malaysia Penang chapter, saya juga mendapat input dari Persatuan Agen Malaysia Rumah Keduaku (MM2HAA) (Malaysia My Second Home Agents Association).

Kelulusan MM2H sebelum ini diuruskan oleh Kementerian Pelancongan. Tetapi pada jawapan yang saya terima semasa penggulungan perbahasan bajet 2019 di peringkat jawatankuasa Dewan Rakyat pada 3-12-2018 bahawa Kementerian Dalam Negeri akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peraku MM2H untuk memperakukan semua permohonan kepada Menteri Dalam Negeri.

Saya dimaklumkan oleh Persatuan Agen Malaysia Rumah Keduaku bahawa mesyuarat jawatankuasa khas MM2H yang terakhir diadakan ialah pada 4 September 2018 dan terdapat lebih daripada 4000 kes permohonan baru yang telah diterima oleh Pusat MM2H dan masih tertimbun dan belum lagi diputuskan. Apabila 4000 kes tertunggak, bermakna peluang ekonomi tidak kurang daripada RM1.1 billion yang bakal dibawa masuk ke Malaysia tidak diuruskan oleh pentadbiran.

Pemohon-pemohon MM2H mengetahui bahawa SOP ialah 90 hari bekerja tetapi pemohon-pemohon telah menunggu melebihi 9 bulan. Agen-agen MM2H tertekan kerana perubahan polisi ini.

Saya meminta satu penjelasan dari kedua-dua Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bekenaan perkara ini. Apakah polisi terkini dan prosedur terkini berkenaan MM2H supaya para pemohon dan Persatuan Agen dapat mengetahui perkembangan terbaru.

Tuan Speaker,

Saya turut mengalu-alukan pengumuman Kerajaan Pakatan Harapan bahawa tol untuk motorsikal Jambatan Pulau Pinang pertama dimansuhkan pada 1 Januari 2019. Sejak pelaksanaan tersebut, maklumbalas orang ramai adalah baik dan langkah-langkah sedemikian yang menurunkan kos sara hidup rakyat perlu dirancakkan dan dihebatkan. Syabas kepada Kerajaan Pakatan Harapan. 22,000 penunggang motorsikal telah mendapat manfaat daripada pengumuman ini dengan penjimatan RM1.40 sehari iaitu RM42 sebulan.

Begitu juga dengan Free CAT bus yang dilancarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Pulau Pinang pada 1-4-2018 dan setiap hari melebihi 6000 pengguna bas di kawasan saya mendapat manfaat daripada pelaksanaan free bus tersebut dan jimat RM2.60 seorang sehari atau RM78 sebulan untuk perjalanan pergi-balik ke pasar, klinik, sekolah, tempat kerja dan sebagainya.

Saya mengalu-alukan juga pengumuman Menteri Pengangkutan bahawa RM50 unlimited Travel Pass akan dilancarkan juga di Pulau Pinang pertengahan 2019. Saya rasa program ini juga akan membantu mengurangkan kos sara hidup yang boleh dirasai oleh penduduk-penduduk. Tetapi, paling utama sekali ialah bahawa lebih banyak bas untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan subsidi sebegini dari Kerajaan Pakatan Harapan Persekutuan dan Negeri dialu-alukan.

Tuan Speaker,

Baru-baru ini, saya telah melawat beberapa kilang perindustrian di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas dan juga Kawasan Perindustrian Batu Kawan di Pulau Pinang. Antaranya ialah PDC SME Center, Inari, Vitrox, Boston Scientific.  Saya melihat pelan perindustrian Industrial Revolution 4.0, automasi dan robotik telah rancak dijalankan.

Saya ingin mengetahui apakah perancangan, insentif, program, masterplan IR4.0 untuk kilang pembuatan, industri semiconductor di Pulau Pinang dan seluruh negara.

Tuan Speaker,

Saya telah bangkitkan isu Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP) semasa persidangan Nov 2019.

Saya ingin mengetahui apakah kedudukan terkini dan halatuju Kerajaan dalam CPTPP begitu juga dengan RCEP (Regional Comprehensive Economic Partnership).  Apakah Free Trades Agreement (FTA) yang MITI sedang usahakan dan apakah status terkini.

Saya membaca Bangkok Post dan dilaporkan bahawa negara Thailand telah juga menyatakan kesudian dan minat menyertai CPTPP. Sebelum ini negara ASEAN lain Singapura dan Vietnam turut menyertai CPTPP.

Begitu juga apakah status EU-Malaysia FTA. Ini telah dimulakan dulu 
tetapi tidak disambung. Saya faham terdapat technical barrier isu kelapa sawit tetapi saya ingin merujuk kepada negara Indonesia yang juga merupakan pengeksport minyat sawit ke European Union juga menandatangani European Free Trade Agreement dengan EU. Bolehlah kita rujuk kepada model Indonesia.

Tuan Speaker,

Di atas meja pagi ini, DR2/2019 dibentangkan iaitu laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkenaan pengurusan projek pembangunan semula kemudahan sedia ada di kompleks sukan negara Bukit Jalil di bawah Kaedah Public Private Partnership. Sebagai Ahli dalam Jawatankuasa PAC, saya telah hadiri melebihi 20 mesyuarat PAC dalam 8 bulan ini.

PAC telah mengadakan prosiding dan inquiry untuk pelbagai kes. Satu kelemahan yang umum ialah isu perolehan Kerajaan.

Saya meminta Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan (Government Procurement Act) dipercepatkan untuk pembentangan di Parlimen. Pada masa ini, perolehan Kerajaan dikawalselia di bawah Financial Procedures Act 1957 dan Government Contract Act. Terdapat pelbagai circulars dan directives berkenaan perolehan. Tetapi terdapat kelemahan ketidakpatuhan ataupun violation kerana tiada punitive action terhadap ketidakpatuhan.

Kita perlu merujuk kepada Undang-undang Perolehan di United Kingdom serta Procurement Integrity Act di USA yang menggariskan penalti denda dan pemenjaraan sekiranya tidak patuh terhadap Government Procurement Act. 

Target National Anti-Corruption Pelan untuk pembentangan Rang Undang Perolehan Kerajaan ialah tahun 2023. Saya meminta perundangan ini dipercepatkan kerana ia akan mengawalselia bukan sahaja projek kerajaan dan juga concession serta projek public-private partnership yang sebelum ini di bawah Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS). 

Tuan Speaker,
Setelah pemerintahan 10 bulan Pakatan Harapan, rakan kabinet bekerja keras untuk membawa perubahan dengan initiatif-initiatif baru dan harus kita memberikan ruang kepada Pakatan Harapan untuk memerintah dengan baik negara ini.
-----------------














No comments: